Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan (NGIS) ke-9 dianjurkan oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Pusat Geospatial Negara (PGN) bertujuan meningkatkan kesedaran di peringkat kebangsaan mengenai peranan PGN, NRECC dalam memacu perkongsian dan pelepasan maklumat geospatial bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Revolusi Geospatial Dalam Cabaran Digital’’ telah dipilih sebagai tema NGIS ke-9 selari dengan perkembangan era digital masa kini yang sangat progresif serta canggih, membantu kerajaan dan rakyat dalam urusan harian serta memberi impak positif kepada pembangunan ekonomi. Perkembangan pesat ini mewujudkan pelbagai cabaran baru termasuk bidang geospatial yang turut terkait dengan teknologi digital.