Topic outline

  • Kertas 1: Aplikasi Penderiaan Jauh dalam Ramalan Ribut Petir Jangka Masa Pendek

    Pembentang : Encik Yip Weng Sang, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)

    Abstrak : 

    MET Malaysia mengoperasikan sistem ramalan ribut petir jangka masa pendek yang dinamakan sebagai Radar Integrated Nowcasting System (RaINS). Trajektori ribut petir dikira secara automatik menggunakan kaedah Variational Optical Flow dan kaedah Semi-Lagrangian Advection. Ramalan ribut petir jangka masa pendek berdasarkan ekstrapolasi ribut petir kemudian ditambahbaik melalui integrasi dengan ramalan cuaca numerikal (NWP). Integrasi NWP membolehkan evolusi dinamik ribut petir diambil kira dalam ramalan ribut petir jangka masa pendek. RaINS menggunakan kaedah quantile mapping untuk mengurangkan intensity bias antara NWP dengan ekstrapolasi radar untuk memudahkan integrasi. RaINS turut menggunakan kaedah phase correction using variational optical flow untuk mengurangkan perbezaan jarak ribut petir yang diramal NWP dengan lokasi asal ribut petir yang dicerap radar bagi memudahkan integrasi. Berdasarkan pengesahan skill score sewaktu kes-kes ribut petir, RaINS menunjukkan kebolehramalan ribut petir yang memuaskan antara 30 minit hingga 60 minit ke hadapan.


  • Kertas 2: Impak Kenaikan Aras Laut Terhadap Persisiran Pantai Malaysia Akibat Perubahan Iklim

    Pembentang : Dr. Khairul Anuar bin Mohamad, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)

    Abstrak : 

    Kawasan pesisir pantai merupakan kawasan yang sangat terdedah dan sensitif kepada pelbagai ancaman terutamanya hakisan dan limpahan air laut yang boleh menyebabkan impak negatif kepada sosioekonomi, komuniti pantai dan ekosistem marin. Kawasan pesisir pantai Malaysia sangat terdedah kepada hakisan dan banjir air pasang besar daripada angin monsun. Kaedah penentuan banjir pantai bagi kajian ini adalah menggunakan data daripada JUPEM pada resolusi 5 meter, perisian QGIS bagi analisis data spatial dan penggunaan model hidrodinamik pantai, MIKE21. Kadar inundasi pantai dikira menggunakan teknik statistikal dengan mengambilkira unjuran kenaikan aras laut pada tahun 2100. Justeru, peta risiko inundasi yang disediakan bagi pantai Malaysia ini amatlah berguna bagi penyediaan dan pengurusan pelan jangka masa panjang akibat perubahan iklim dan variasi geomorfologi pantai.

  • Kertas 3: Penggunaan Teknologi Geospatial dalam Pengurusan Hutan di Semenanjung Malaysia

    Pembentang : Puan Rohana binti Mohd Ali, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)

    Abstrak : 

    Pemantauan Kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang luas melalui kaedah konvensional menghadapi pelbagai kekangan dan had keberkesanan. Namun, dengan menggunakan teknologi geospatial, pemantauan HSK secara menyeluruh dapat dilaksanakan dengan optimum. Walau bagaimanapun terdapat cabaran penggunaan teknologi geospatial iaitu Perisian, Perkakasan, Prosedur, Data dan Pengguna. Komponen data adalah cabaran terbesar dalam penggunaan aplikasi teknologi geospatial di JPSM.

  • Kertas 4: Strategi Adaptasi dan Mitigasi Perubahan Iklim di Kawasan Pesisir Pantai

    Pembentang : Prof. Madya Sr Ts. Gs. Dr. Khairul Nizam bin Abdul Maulud, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

    Abstrak : 

    Kenaikan aras laut sering dikaitkan dengan perubahan iklim dan pemanasan global. Perubahan garis pantai adalah proses berterusan yang berlaku melalui pelbagai proses seperti hakisan, pemendapan, kenaikan aras laut, tingkah laku ombak dan guna tanah. Pendekatan Teknologi Geospatial dapat menjadi alat yang efektif dalam mengembangkan strategi adaptasi dan mitigasi perubahan iklim di kawasan pesisir pantai. Langkah -langkah yang boleh di aplikasikan adalah seperti pemetaan risiko pantai, pengawasan perubahan pantai, pemodelan iklim dan ramalan perubahan pantai, perancangan penggunaan tanah dan kempen kesedaran dan pendidikan melalui pendekatan geospatial. Kerjasama antara agensi amat penting melalui penggunaan platform geospatial untuk berkongsi data dan maklumat antara agensi kerajaan, institusi penyelidikan, pertubuhan bukan kerajaan, dan masyarakat. Ini memudahkan kerjasama dalam merancang dan melaksanakan strategi perubahan iklim. Melalui pendekatan teknologi geospatial, strategi adaptasi dan mitigasi perubahan iklim di kawasan pesisir pantai dapat dikembangkan dengan lebih efektif, menghasilkan hasil yang lebih baik dalam menjaga kelestarian dan ketahanan pesisir pantai.


  • Sesi Khas Penaja Platinum: Harnessing ArcGIS for Climate Resilience

    Pembentang : Encik Wan Mohd Firdaus bin Wan Mohd Asri, Esri Malaysia Sdn. Bhd.

    Abstrak : 

    ArcGIS platform enables climate resilience efforts worldwide - forecasting climate phenomena, assessing vulnerabilities, and developing strategies to safeguard both natural and urban landscapes. By integrating science with geospatial intelligence, ArcGIS emerges as an indispensable ally in the global endeavor to combat and adapt to the challenges of our changing climate.