Topic outline

  • Kertas 1: Memperkasakan Peranan Geodataraya Keselamatan Negara Berdasarkan Geospatial Knowledge Infrastructure (GKI)

    Pembentang : Kol. Gs. Norazlin binti Pamuji, Bahagian Geospatial Pertahanan, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)

    Abstrak : 

    Transformasi dunia kearah Revolusi Industri 4.0 telah mengubah dengan pantas kehidupan seharian daripada pelbagai aspek dan secara umumnya ia melibatkan Internet Of Things (IOT).  Revolusi yang berlaku di dalam teknologi geospatial turut menjadi pilihan utama pemegang taruh ke arah pembangunan dan pengurusan lebih cepat, tersusun dan mapan. Program Defence Geospatial Information Management (DGIM) yang memfokuskan kepada pengurusan maklumat geospatial secara bersepadu terus bergerak menelusuri proses pembangunan maklumat yang kobelaratif. Keunggulan maklumat (information superiority) menjadi kunci dalam proses membuat keputusan yang unggul (decision superiorty). Justeru dalam memacu pembuat keputusan dapat membuat keputusan yang lebih baik, Geospatial Knowledge Infrastructure (GKI) dapat mendedahkan cara membina pengurusan maklumat geospatial yang baik di dalam Program DGIM. Hubungan antara data, maklumat dan pengetahuan memberikan satu konsep yang dapat mendokong proses membuat keputusan dengan lebih cepat secara kolaberasi pengurusan maklumat dan pengetahuan. Domain pertahanan, keselamatan dan pengurusan bencana menjadi penting dalam memperkukuh pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat.


  • Kertas 2: Geospatial Intelligence-Led Policing: From Traditional Crime Mapping Towards Geo Big Data Analytics & The Challenges of Data Integrity Information

    Pembentang : DSP Gs. Dr. Hasranizam bin Hashim, Polis Diraja Malaysia (PDRM)

    Abstrak : 

    Intelligence Led Policing (ILP) adalah model kepolisian moden yang diguna pakai dan diterima dalam pencegahan jenayah di peringkat global. PDRM telah menerap kepolisian ini bermula tahun 2010an. Model kepolisian tersebut mengutamakan analitis data maklumat dan keputusan operasi dan taktikal adalah berdasarkan hasil analitis data yang dijalankan. Pelbagai teknik analitis data semasa boleh digunakan namun teknik analisis geospatial melalui ruang dan masa model ILP masih perlu diperkasakan. Melalui teknologi geospatial, kepolisian model ILP menjadikan pelaksanaannya sangat cekap sejajar dengan perkembangan inisiatif kerajaan di bawah Analitis Data Raya Sektor Awam 2.0 (DRSA 2.0). Cabaran utamanya ialah integriti data. Melalui kaedah semak silang di dalam aplikasi geospatial, integriti data dapat dipertingkatkan. Kesimpulan, Model Geospatial Intellingence Led Policing mampu menzahirkan pencegahan jenayah berkesan. Keberkesanannya boleh dibuktikan dengan analitis data raya komprehensif melalui penggunaan teknologi geospatial dalam aspek penugasan seharian.

  • Kertas 3: Perekayasaan Geospatial Sebagai Satu Strategi Pemerkasaan Pengurusan Bencana di Malaysia: Perspektif JBPM

    Pembentang : TPjB Nordin bin PauziJabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

    Abstrak : 

    Perekayaaan maklumat geospatial adalah elemen penting dalam strategi pengurusan bencana di Malaysia melibatkan penilaian risiko, sistem amaran awal, perancangan tindak balas kecemasan, penilaian kerosakan, pembuatan keputusan, dan penglibatan komuniti. Dengan memanfaatkan teknologi dan maklumat geospatial, Malaysia dapat meningkatkan keupayaan kesiapsiagaan , perancangan  respon bencana, dan pengurusan pemulihan (recovery) seterusnya meminimumkan impak bencana kepada mangsa dan harta benda.

  • Sesi Khas Penaja Platinum: Empowering Energy Transition: GIS Drives TNB Distribution Network's Smart Utility Revolution

    Pembentang : Ir. Ts. Pershanta Kumar a/l J. Raman, Tenaga Nasional Berhad (TNB)

    Abstrak : 

    In the face of global energy transitions, Geographic Information Systems (GIS) emerge as pivotal tools, catalyzing innovative which plays the transformative role of GIS in Tenaga Nasional Berhad (TNB) Distribution Network's Smart Utility Program. Through advanced mapping and analysis, GIS optimizes TNB's operational efficiency, enhances grid reliability, and facilitates seamless integration of renewable energy sources. This study delves into the real-world application of GIS, showcasing how it enables TNB to navigate complex challenges, steering the company towards a sustainable, smart energy future. By harnessing GIS technology, TNB not only adapts to the changing energy landscape but also leads the way in shaping it, paving the path for a greener, more resilient energy ecosystem."