5/2020: BAGAIMANA MyGOS BOLEH MEMBANTU AGENSI?

MyGOS adalah singkatan bagi Malaysia Geospatial Online Services. Ia merupakan sebuah platform yang disediakan oleh Pusat Geospatial Negara (PGN) untuk membantu agensi (Government to Government (G2G)) membangunkan aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS), berkongsi dan mengakses maklumat geospatial serta dapat mengelakkan pertindihan usaha dalam penghasilan maklumat geospatial. PGN telah berjaya membantu membangunkan aplikasi GIS secara kolaborasi strategik dengan pelbagai agensi melalui platform MyGOS. Antara agensi dan aplikasi GIS yang dibangunkan adalah: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP): Pemantauan premis dan penyeragaman harga, Jabatan Perkhidmatan Veterinar: Pemetaan ladang unggas, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS): Pemetaan status pembayaran cukai mengikut lot kediaman, Malaysian Investment Development Authority (MIDA): Pemetaan industrial estate, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA): Pemetaan projek pembangunan KEDA dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA): Peta pengurusan bencana (banjir, gempa bumi dan sisa bahan berbahaya).

Click Awareness MyGDI Bil.5_2020.png link to view the file.