Awareness MyGDI 2020
Data geospatial ialah data yang mempunyai lokasi serta boleh diperoleh dari pelbagai cara dan sumber. Data geospatial ini terbahagi kepada 12 kategori dalam pangkalan data geospatial MyGDI bagi kegunaan agensi kerajaan (G2G) untuk kepentingan dan kesejahteraan negara. Pusat Geospatial Negara (PGN) sebagai penyelaras MyGDI, bertanggungjawab terhadap data geospatial ini melalui kolaborasi oleh pelbagai agensi pembekal data yang dipanggil sebagai data custodian. Kejayaan kolaborasi bersamadata custodian dapat memperkasa objektif MyGDI di samping data tersebut berintegriti dan boleh dipercayai.
MyGOS adalah singkatan bagi Malaysia Geospatial Online Services. Ia merupakan sebuah platform yang disediakan oleh Pusat Geospatial Negara (PGN) untuk membantu agensi (Government to Government (G2G)) membangunkan aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS), berkongsi dan mengakses maklumat geospatial serta dapat mengelakkan pertindihan usaha dalam penghasilan maklumat geospatial. PGN telah berjaya membantu membangunkan aplikasi GIS secara kolaborasi strategik dengan pelbagai agensi melalui platform MyGOS. Antara agensi dan aplikasi GIS yang dibangunkan adalah: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP): Pemantauan premis dan penyeragaman harga, Jabatan Perkhidmatan Veterinar: Pemetaan ladang unggas, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS): Pemetaan status pembayaran cukai mengikut lot kediaman, Malaysian Investment Development Authority (MIDA): Pemetaan industrial estate, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA): Pemetaan projek pembangunan KEDA dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA): Peta pengurusan bencana (banjir, gempa bumi dan sisa bahan berbahaya).