HEBAHAN AWARENESS MyGDI BIL.3/2023: MyGeoName SEBAGAI RUJUKAN SETEMPAT NAMA GEOGRAFI DI MALAYSIA

Pernahkah anda mempunyai persoalan mengenai ejaan sebenar nama tempat tinggal anda?

Semua maklumat yang anda cari sebenarnya disimpan secara sistematik dalam bank data yang dikenali sebagai Pangkalan Data Nama Geografi (PDNG) di Pusat Geospatial Negara dan boleh diakses secara umum melalui aplikasi MyGeoName. Melalui MyGeoName, anda boleh melihat lokasi, sejarah, ejaan nama dalam tulisan jawi, audio sebutan Bahasa Melayu rasmi dan audio sebutan Bahasa Melayu dialek. Selain daripada itu, Dokumen Gazetir Negeri juga boleh dimuat turun melalui aplikasi ini.

Layari MyGeoName dengan mengimbas kod QR pada gambar di atas atau klik mygeoname.mygeoportal.gov.my.

Click Hebahan MyGDI Bil.32023.jpg link to view the file.