Topic outline
Awareness MyGDI 2023
Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) selaku peneraju Program Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) komited menyediakan perkhidmatan digital untuk memudahkan agensi kerajaan sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri untuk membangunkan Sistem Maklumat Geografi (GIS) serta berkongsi maklumat geospatial.
Platform perkhidmatan geospatial bertujuan memudahkan agensi kerajaan membangunkan aplikasi web GIS dan berkongsi maklumat geospatial secara dalam talian.
Penggunaan platform ini adalah salah satu inisiatif Program Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) untuk mengelakkan pertindihan usaha dalam penghasilan maklumat geospatial sekali gus menjimatkan kos, masa dan tenaga kerja. Sejak diperkenalkan pada tahun 2013, PGN, NRECC telah berjaya menjalinkan kolaborasi bersama pelbagai agensi kerajaan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka.
Sila imbas kod QR pada infografik di atas atau klik https://pgnapps.mygeoportal.gov.my/MyGOS/index.php untuk maklumat lanjut.
Pernahkah anda mempunyai persoalan mengenai ejaan sebenar nama tempat tinggal anda?
Semua maklumat yang anda cari sebenarnya disimpan secara sistematik dalam bank data yang dikenali sebagai Pangkalan Data Nama Geografi (PDNG) di Pusat Geospatial Negara dan boleh diakses secara umum melalui aplikasi MyGeoName. Melalui MyGeoName, anda boleh melihat lokasi, sejarah, ejaan nama dalam tulisan jawi, audio sebutan Bahasa Melayu rasmi dan audio sebutan Bahasa Melayu dialek. Selain daripada itu, Dokumen Gazetir Negeri juga boleh dimuat turun melalui aplikasi ini.
Layari MyGeoName dengan mengimbas kod QR pada gambar di atas atau klik mygeoname.mygeoportal.gov.my.
Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) selaku penyelaras Program Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) berperanan untuk mempromosi perkongsian dan pelepasan data geospatial dalam kalangan agensi kerajaan (G2G) dan institusi pendidikan (G2E) bagi tujuan kajian, perancangan, pengurusan dan pembangunan negara.
PGN, NRECC juga turut menerbitkan Buletin Geospatial Sektor Awam (BGSA) (https://www.mygeoportal.gov.my/ms/resources/publications) pada setiap tahun sebagai salah satu medium promosi Program MyGDI. Sekiranya anda adalah pemain industri di sektor awam atau swasta serta berbakat dalam penulisan berkaitan geospatial, serlahkan bakat dan kreativiti penulisan anda untuk penerbitan artikel dalam buletin ini.
Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) selaku penyelaras Program Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) berperanan untuk mempromosi perkongsian dan pelepasan data asas geospatial dalam kalangan agensi kerajaan (G2G) dan institusi pendidikan (G2E) bagi tujuan kajian, perancangan, pengurusan serta pembangunan negara.
Disertakan bersama ialah statistik pelepasan data asas geospatial yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2022.
Sila imbas kod QR di infografik atau layari https://www.mygeoportal.gov.my/ms/node/1009 untuk maklumat lanjut.
Terima kasih atas permohonan untuk mendapatkan data asas geospatial MyGDI yang telah diterima. Setinggi-tinggi penghargaan jua kepada kolaborasi pelbagai Agensi Pembekal Data dan custodian data di bawah Program MyGDI. Semoga kolaborasi ini dapat memperkasa program ini di samping penghasilan produk geospatial yang terselaras dan berintegriti di Malaysia.