HEBAHAN AWARENESS MyGDI BIL. 3/2021: TAHUKAH ANDA APA ITU PANGKALAN DATA NAMA GEOGRAFI (PDNG)?

Anda berasal dari mana? Jawapan yang akan diterima sama ada Kuala Lumpur, Perak, Melaka, Negeri Sembilan malah ada yang lebih spesifik menjawab Sungai Petani, Kedah. Nama-nama tempat di Malaysia tersebut mempunyai ejaan, lokasi dan keunikan sejarahnya tersendiri yang telah disahkan untuk kegunaan rasmi kerajaan serta orang awam. Semua maklumat tersebut disimpan secara sistematik dalam bank data yang dikenali sebagai Pangkalan Data Nama Geografi (PDNG) di Pusat Geospatial Negara.  PDNG turut menyimpan maklumat ejaan nama geografi dalam huruf jawi, audio sebutan nama rasmi dan dialek tempatan. 


Click Awareness MyGDI Bil.3_2021.jpg link to view the file.