Awareness MyGDI 2021
Penyelidikan dan pembangunan (R&D) Program MyGDI merangkumi pelaksanaan dan penyelarasan aktiviti kerjasama penyelidikan serta kolaborasi antara agensi kerajaan, institut penyelidikan dan institut pengajian dalam bidang geospatial. Seterusnya, hasil kajian boleh dikongsi dan dapat menyumbang kepada peningkatan penggunaan maklumat geospatial yang lebih berkesan. Salah satu aktiviti kerjasama yang dilaksanakan adalah melalui Jawatankuasa Teknikal Penyelidikan Geoinformasi/Geomatik Kebangsaan (JTPGGK) yang dipengerusikan oleh Pengarah PGN.
Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS) merupakan satu platform yang disediakan oleh Pusat Geospatial Negara (PGN) bagi membantu agensi kerajaan membangunkan aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS), berkongsi dan mengakses maklumat geospatial. Penggunaan MyGOS dapat mengelakkan pertindihan usaha dalam penghasilan maklumat geospatial sekali gus menjimatkan kos, masa dan tenaga kerja. Sejak diperkenalkan pada tahun 2013, PGN telah berjaya berkolaborasi dengan pelbagai agensi bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan.
PGN selaku penyelaras Program Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) sentiasa komited untuk memastikan perkhidmatan yang dibekalkan kepada agensi kerajaan dalam keadaan terbaik dan menepati piawaian yang ditetapkan. Selain itu, infrastruktur di bawah Program MyGDI dapat meningkatkan akses kepada maklumat geospatial di antara agensi kerajaan secara efisien bagi memelihara kepentingan dan kesejahteraan negara. Menariknya, inisiatif ini juga dapat membantu pelbagai agensi kerajaan untuk membangunkan aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) dengan mudah, kos efektif dan menjimatkan tenaga kerja.
Anda berasal dari mana? Jawapan yang akan diterima sama ada Kuala Lumpur, Perak, Melaka, Negeri Sembilan malah ada yang lebih spesifik menjawab Sungai Petani, Kedah. Nama-nama tempat di Malaysia tersebut mempunyai ejaan, lokasi dan keunikan sejarahnya tersendiri yang telah disahkan untuk kegunaan rasmi kerajaan serta orang awam. Semua maklumat tersebut disimpan secara sistematik dalam bank data yang dikenali sebagai Pangkalan Data Nama Geografi (PDNG) di Pusat Geospatial Negara. PDNG turut menyimpan maklumat ejaan nama geografi dalam huruf jawi, audio sebutan nama rasmi dan dialek tempatan.
Anda berbakat dalam penulisan? Mempunyai pengetahuan berkaitan geospatial? Serlahkan bakat dan kreativiti penulisan anda untuk penerbitan Buletin Geospatial Sektor Awam (BGSA) Edisi 2021.
Keseragaman struktur data sangat penting terutamanya apabila melibatkan aktiviti perkongsian dan pelepasan maklumat geospatial di antara pelbagai agensi. Untuk mencapai objektif ini, agensi yang membangunkan data geospatial perlu merujuk kepada dokumen MS1759 yang dikeluarkan oleh Jabatan Standard Malaysia. Pusat Geospatial Negara juga telah mengambil inisiatif dengan menyediakan aplikasi MS1759 bagi memudahkan carian kod butiran dan atribut yang betul secara dalam talian.