Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) selaku penyelaras Program Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) berperanan untuk mempromosi perkongsian dan pelepasan data geospatial dalam kalangan agensi kerajaan (G2G) dan institusi pendidikan (G2E) bagi tujuan kajian, perancangan, pengurusan dan pembangunan negara.
PGN, NRECC juga turut menerbitkan Buletin Geospatial Sektor Awam (BGSA) (https://www.mygeoportal.gov.my/ms/resources/publications) pada setiap tahun sebagai salah satu medium promosi Program MyGDI. Sekiranya anda adalah pemain industri di sektor awam atau swasta serta berbakat dalam penulisan berkaitan geospatial, serlahkan bakat dan kreativiti penulisan anda untuk penerbitan artikel dalam buletin ini.