Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) selaku penyelaras Program Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) berperanan untuk mempromosi perkongsian dan pelepasan data asas geospatial dalam kalangan agensi kerajaan (G2G) dan institusi pendidikan (G2E) bagi tujuan kajian, perancangan, pengurusan serta pembangunan negara.
Disertakan bersama ialah statistik pelepasan data asas geospatial yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2022.
Sila imbas kod QR di infografik atau layari https://www.mygeoportal.gov.my/ms/node/1009 untuk maklumat lanjut.
Terima kasih atas permohonan untuk mendapatkan data asas geospatial MyGDI yang telah diterima. Setinggi-tinggi penghargaan jua kepada kolaborasi pelbagai Agensi Pembekal Data dan custodian data di bawah Program MyGDI. Semoga kolaborasi ini dapat memperkasa program ini di samping penghasilan produk geospatial yang terselaras dan berintegriti di Malaysia.