Topic outline

  • Pindaan Kepada Struktur Pengurusan MyGDI (Lampiran A) Panduan Bagi Pembangunan Dan Pelaksanaan Infrastruktur Data Geospatial Negara / Malaysian Geospatial Data Infrastructure (MyGDI)

    Tujuan Pekeliling ini dikeluarkan adalah untuk memaklumkan kepada Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan, Negeri dan Penguasa-Penguasa Tempatan berhubung dengan pindaan kepada Struktur Pengurusan MyGDI (Lampiran ‘A’) di dalam Panduan Bagi Pembangunan Dan Pelaksanaan  Infrastruktur Data Geospatial Negara di bawah Surat Pekeliling Pelaksanaan Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) Bilangan 1 Tahun 2006. Pindaan ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Framework MyGDI (JTFM) Bil.2/2006 pada 27 November 2006 dan kemudiannya disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Kebangsaan (JPMK) Bil.1/2006 pada 14 Disember 2006. Ia menjadi satu keperluan dalam memantap dan memperkemaskan jawatankuasa-jawatankuasa MyGDI diperingkat negeri/wilayah persekutuan dan kebangsaan.