Topic outline
- This topic
Awareness MyGDI 2022
Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) selaku penyelaras Program Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) telah menerbitkan Buletin Geospatial Sektor Awam (BGSA) Edisi 2022.
BGSA menyiarkan artikel yang ditulis oleh pemain industri geospatial di Malaysia serta aktiviti Program MyGDI sepanjang tahun semasa. Artikel dalam edisi kali ini ialah:
· SAMBUNGAN TENAGA BOLEH BAHARU KINI LEBIH MUDAH DENGAN APLIKASI DISTRIBUTED GENERATION (DG) HOSTING CAPACITY MAP
· PELAPORAN NATIONAL TASK FORCE (NTF) MELALUI PLATFORM DEFENCE GEOSPATIAL INFORMATION MANAGEMENT (DGIM)
· PROTOTAIP PETA DIGITAL BAGI KEGUNAAN OPERASI BANJIR BERASASKAN SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI (GIS) “IDEA PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN OPERASI BANJIR”
· DRON: MENGETAHUI BILA DAN DI MANA BOLEH DITERBANGKAN?
· PEMETAAN RUANG HUTAN: DARI NAVIGASI, EKSPLORASI KE SIMULASI
Sila layari https://www.mygeoportal.gov.my/ms/resources/publications/buletin-geospatial-sektor-awam-edisi-2022 atau imbas kod QR di infografik untuk membaca BGSA Edisi 2022.
Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) selaku penyelaras Program Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) komited menyediakan platform untuk memudahkan perkongsian maklumat geospatial dalam kalangan agensi kerajaan sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri iaitu infrastruktur digital yang mematuhi piawaian keselamatan.
Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) selaku penyelaras Program Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) komited menyediakan aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) bagi tujuan perkongsian maklumat geospatial.
Aplikasi-aplikasi di bawah program MyGDI dapat membantu agensi kerajaan secara atas talian untuk menyediakan data geospatial yang mematuhi standard tanpa melibatkan sebarang kos.
Anda berbakat dalam penulisan? Mempunyai pengetahuan berkaitan geospatial? Serlahkan bakat dan kreativiti penulisan anda untuk penerbitan Buletin Geospatial Sektor Awam (BGSA) Edisi 2022.
Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS) bertujuan memudahkan agensi kerajaan membangunkan aplikasi web GIS dan berkongsi maklumat geospatial secara dalam talian. Penggunaan MyGOS dapat mengelakkan pertindihan usaha dalam penghasilan maklumat geospatial sekali gus menjimatkan kos, masa dan tenaga kerja. Sejak diperkenalkan pada tahun 2013, PGN telah berjaya berkolaborasi dengan pelbagai agensi kerajaan melalui MyGOS bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan.