Maklumat Projek Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) Berkaitan Geospatial
Penyelidikan dan pembangunan di PGN merangkumi pelaksanaan dan penyelarasan aktiviti kerjasama penyelidikan serta kolaborasi antara agensi kerajaan, institut penyelidikan dan institut pengajian dalam bidang geospatial. Seterusnya, hasil kajian boleh dikongsi dan dapat menyumbang kepada peningkatan penggunaan maklumat geospatial yang lebih berkesan.