Garis Panduan Perkongsian Dan Penyebaran Maklumat Geospatial Melalui Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI)
Surat pekeliling ini bertujuan menyediakan garis panduan bagi perkongsian dan penyebaran maklumat geospatial melalui Infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI) kepada agensi-agensi kerajaan. Garis panduan ini menjelaskan bagaimana perkongsian dan penyebaran maklumat geospatial boleh dilakukan dalam usaha mengelakkan pertindihan dalam kutipan data dan mengoptimumkan penggunaannya.